MODEL KAJIAN TINDAKAN
Model Mc Taggart & Stephen
Kemmis (1988)
Model
1: Model Kemmis dan McTaggart (1988)
iaitu ‘action research cycle’ merupakan model yang biasanya digunakan
dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model ini
iaitu:
Mereflek
(reflect)
Merancang
(plan)
Bertindak
(action)
Memerhati
(observe)
Gelung
Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
Proses kajian
tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran
dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu
pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru
melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru
terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan
pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah
itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan
Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru
mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu
kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya
(finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah
pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan
kurikulum yang hendak disampaikan.
Model 2: Model Kajian Tindakan
Ebbut (1985)
David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott,
telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai
digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara
yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu
siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan
maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt
adalah sama untuk dengan model yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.
Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri
refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya merupakan suatu
pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk
mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka
sendiori serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
Model 3: Model Kajian Tindakan
Bassey (1998) dan Hand (2001)
Model
kajian tindakan oleh Bassey (1998) dan Hand (2001) mempunyai lima peringkat.
Peringkat pertama:
Mengenalpasti
masalah dan merangkakan soalan kajian (Define the problem and frame research
questions)
Masalah
perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian hendaklah dirangkakan.
Peringkat kedua:
Mengumpul
data dan membuat keputusan bagaimana kaedah pengajaran boleh diubah (Collect
data and decide how teaching could be changed)
Peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan
tindak balas kepada data tersebut untuk mengenalpasti bagaimana perubahan
pengajaran dapat memberikan kesan. Kajian terhadap subjek pendidikan seperti
kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat dibuat dalam mengenalpasti tindak
balas.
Peringkat ketiga:
Laksanakan
perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the selected changes to
teaching)
Perubahan
yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan refleksi akan dilaksanakan.
Peringkat keempat:
Memantau
dan menilai perubahan yang dilakukan (Monitor and evaluate the changes made)
Kajian
tindakan boleh diterjemahkah dalam pelbagai maksud termasuk menyimpan nota
mesyuarat, perbincangan-perbincangan staf, temuduga dan soalan kajiselidik.
Peringkat kelima:
Melihat
semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian mengulang semula kitaran jika
perlu (review and reflect upon the changes. Repeat cycle if necessary)
Model 4: Model Kajian Tindakan
Elliot (1991)
Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama
Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu
masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan
(Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu
usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott
(1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian
tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

Dalam model kajian tindakan Ellit (1991), Idea utama
utamanya adalah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu
masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan
(Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu
usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott
(1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian
tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.
Model 5: Model Kajian Tindakan Mc
Kernan (1996:29)


Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan
sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran
mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan
fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat
keputusan.
Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa
sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya
sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran
penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990)
sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula
perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan.
Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana
yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak
menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.
Model 6 : Model Kajian Tindakan
Stringer (1999)


Gelung
interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan
(looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses
itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999)
mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan
pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami.
Fasa
ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan
analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor
kepada pihak yang berkepentingan.
Fasa
seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih
mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada
fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan
penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul.
Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti
menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif
serta memperoleh sumber-sumber.Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian,
i.
bermula dengan penglihatan (looking)
ii.
pemikiran (thinking)
iii.
tindakan (action)
Ini
menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
Stringer
(1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi
membolehkan pihak yang berkepentingan memahami isu yang mereka alami. Fasa ini
meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis
dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada
pihak yang berkepentingan.
Fasa
seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih
mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada
fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan
penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul.
Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti
menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif
serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan
pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan
dan pencapaian.
Model 7 : Model Kajian Tindakan Spiral

1)
Mengenal pasti idea
2).
Pencarian fakta
3).
Perancangan pelan tindakan
4).
Pelaksanaan tindakan
5).
Penilaian tindakan yang diambil
6).
Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7).
Mengambil langkah tindakan seterusnya
Model 8 : Model Kajian Tindakan Jean Mc Niff (2003)
Kajian
tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan
kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan
guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada
diri sendiri. melihat kepada perspektif pendidikan, kajian kebiasaanya menjurus
kearah menambah baik strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta
untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara
Berbentuk
seperti angka 6
1.
memerhati
2.
membuat refleksi
3.
bertindak
4.
menilai
5.
ubahsuai
6.
berpindah ke arah baru


Model
9 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin(1946)

Lewin percaya
bahawa kesedaran atau motivasi untuk berubah sangat berkait rapat dengan
tindakan seseorang : seseorang yang aktif dan tegas dalam membuat keputusan
mempengaruhi mereka untuk membina kaedah baru untuk menyelesaikan masalah
mereka. “ Pengurusan sosial secara rasional”, katanya “ melibatkan
langkah-langkah spiral di mana setiap langkah mengandungi kitaran
merancang(planning), tindakan(action) dan dapatan kajian(fact-finding)
berdasarkan hasil akhir tindakan.
Lewin
menerangkan bahawa proses perubahan melibatkan tiga langkah iaitu :
1. Unfreezing:
berdepan dengan dilema atau ketidakpastian, individu atau kelompok menjadi
lebih sedar tentang keperluan untuk berubah.
2. Changing:
Situasi menentukan diagnosis dan model baru untuktingkah laku yang akan
diterokai dan diuji.
3. Refreezing:
Aplikasi untuk tingkahlaku akan dinilai dan jika membantu kearah
penambahbaikkan maka model itu akan digunakan
Model
10 : Model Kajian Tindakan Gerald Susman


Gerald
Susman(1983) telah membahagikan model kajian tindakan kepada lima fasa yang
akan dilaksanakan dalam setiap kitaran(Rajah 3). Mulanya, masalah akan
dikenalpasti dan data akan dikumpul untuk memastikan diagnosis yang lebih
terperinci. Ini juga akan disusulkan oleh koleksi asumsi dari pelbagai
kemungkinan penyelesaian, daripada setiap perancangan dari tindakan muncul dan
dilaksanakan. Data dari setiap hasil intervensi akan dikumpul dan dianalisis,
dan dapatan kajian tersebut akan ditafsirkan dengan jelas tentang kejayaan
tindakan tersebut. Pada peringkat ini, masalah akan dinilai semula dan
proses-proses tersebut akan dimulakan di kitaran yang berikutnya. Proses ini
sentiasa berulang sehingga masalah dapat diselesaikan.
Model 11 : Model Kajian Tindakan Somekh (1989)
Model kajian
tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus
kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis,
merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk
mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.


Aspek
sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas
dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada
langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk
diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan
secara terperinci.
Model
12 : Model Kajian Tindakan CRASP Zuber-Skerritt (1991)
Model
Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian
tindakan iaitu:
1. critical
collaboration enquiry by
2. reflective
practitioners who are
3. accountable
in making the results of their enquiry public,
4. self-evaluative
in their practice, and engage in
5. participative
problem solving and continuing professional development
Menurut
model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau
kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa
bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan
terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan
profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang
kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan
ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah
kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan.
Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik
melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama,
bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang
mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta
bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara
berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan
untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka
model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan
pelaksanaan penyelidikan.
Model 13 : Model Kajian Tindakan McBride
& Schostak (1994)
McBride
& Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang
bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi
tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan
dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada
perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang
dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran
selanjutnya.


Model 14 : Model Kajian Tindakan Johnson
(2002)
Johnson
(2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan
kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah
(i)
mengenal pasti masalah,
(iii)
memungut dan menganalisis data,
(iv)
merumus serta
(v)
berkongsi dapatan dan pelan tindakan
dengan pihak lain yang berkaitan.
Satu
kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan
persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan
model ini.

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.
No comments:
Post a Comment